 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
ulwan's FotoPage
By: Muhamad Ulwan Mokhtar Mohed
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Sunday, 4-Jan-2009 10:01 |
Email | Share | Bookmark |
|
Tudung, Aurat, Pentingkah Ia?
|
|
Salam..
Sebagai wanita Islam, diwajibkan bagi kamu menutup aurat. Apakah ciri-ciri yang melambangkan seseorang muslimah itu benar-benar menutup aurat?
Ramai di antara kita terutama golongan wanita memandang ringan tentang hal menutup aurat ini. Ada di antara wanita yang mengetahui akan hal ini dan mereka sedia maklum tentang kriteria-kriteria menutup aurat yang sebetulnya dan ada di antara wanita juga yang masih lagi tidak mengetahui akan hal ini. Dan seburuk-buruk manusia itu adalah yang mengetahuinya tapi tidak pula dia mahu mengamalkannya. Bahkan dia hanya pejamkan mata seolah-olah tidak nampak akan tuntutan itu.
Maka, tidak hairanlah di sana-sini bilamana kita memandang ke kiri dan ke kanan kemudian ke hadapan dan ke belakang. Banyak sekali pandangan-pandangan yang menjolok mata yang sudah pasti menyakitkan jiwa bagi insan-insan yang bergelar lelaki.
Bagi lelaki yang beriman, dia akan mengawal dirinya. Tapi bagi lelaki yang imannya goyah, yang sakit jiwanya..bagaimana pula?
Sedarlah wahai wanita yang bergelar muslimah. Kenapa perlu bertelanjang buat tatapan umum. Sedangkan itu sebenarnya adalah satu dosa untukmu. Bahkan ianya boleh mengundang aib untukmu.
Lihat gambar di bawah, fesyen pakaian beginilah yang paling ramai wanita kita peragakan.
Akan tetapi hari ini bahkan sejak dahulu, agak sukar untuk kelihatan pada pandangan kita akan wanita yang berpakaian seperti ini.
Dan adakah gambar seperti di bawah ini sahajakah yang dianggap seksi dan tidak menutup aurat oleh kita terutama bagi wanita?
Persoalannya, apakah sebenarnya yang diinginkan oleh golongan wanita berkenaan aurat mereka?
Mari kita bincang dan kemukakan pendapat bersama tentang permasalahan ini.
Moga-moga ianya sedikit sebanyak memberikan kesedaran bersama tentang perlunya kita menutup aurat dengan cara yang menepati kehendak Islam.
| Code: | diantara perempuan yg 'tolol' menjawab kenapa mereka tak patuh dengan arahan Allah=
1. mahal tau I buat rambut ni, takkan nak pakai tudung kot ape class?
2. penat-penat I buat breast silikon nak tutup buta ape?
3. ala...Islam tu terletak pada hati bukan pada aurat
4. I tengok pempuan yg bertudung pun berzina gak..kurang-kurang I tidak
5. I dianugerahkan oleh tuhan bentuk badan yang cantik, so why not I tunjuk sikit?
6. you ni ketinggalan zaman la..sekarang dah moden tak mainla tutup sana tutup sini
7. mak I elok je tak tutup, I sibuk-sibuk nak tutup apesal?
8. suka hati I la nak pakai baju ape ke. nak bogel ke ape..kubur masing-masing kan?
9. aurat tu ape?
10. ala..yang salah you all jugak..yang you all tengok-tengok I buat ape?I tak suruh pun? |
Sekian, Terima Kasih
Mudah Mudahan Umat Islam terutamanya kaum Hawa akan lebih patuh dan berjaga2 dgn isu tudung ini, jgn buat main dgn perkara ini, sesungguhnya kalau anda memainkan aurat anda, ia sama dgn memainkan dgn hukum Suci Allah, bermakna anda mendapat title= HARAM. jgn jadi sperti pembaca berita media perdana, sekejap2 pakai tudung, sekejap2 tidak, paling kurang pakai tudung masa org penting meninggal
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|